KESAN PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN TEMA DALAM SURAH AL-RAḤMĀN TERHADAP KOGNITIF PEMIKIRAN MANUSIA
Abstract
Surah al-Raḥmān merupakan surah ke-55 dalam al-Qur’an. Mengandungi 78 ayat sebahagian besar ayatnya diturunkan di Mekah dan sebahagiannya di Madinah. Surah menonjolkan ketinggian keindahan bahasa dan keseimbangan makna. Keunikan surah ini berbanding surah-surah yang lain dalam al-quran ialah pengulangan ayat “فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ” sebanyak 31 kali sebagai satu bentuk peringatan yang lembut dan penuh hikmah daripada Allah. Surah ini digelar ‘Arasat al-Qur’ān’ (Pengantin al-Qur’an) kerana keindahan susunannya dan kesatuan tema yang merangkumi kepentingan ilmu , nikmat, rahmat, keadilan, kebesaran serta keinsafan terhadap kekuasaan Allah. Kandungan surah ini bukan sekadar menyentuh aspek spiritual dan emosi, bahkan memberikan kesan mendalam terhadap akal yang merupakan alat pemikiran kognitif manusia, iaitu cara berfikir, memahami, menilai dan membuat keputusan berasaskan tauhid. Seluruh kandungan al-Qur’an diturunkan untuk membimbing manusia berfikir secara rasional berpaksikan kesedaran fitrah insani ke arah keyakinan terhadap kewujudan Allah sebagai jalan menerima kebenaran daripada-Nya.
References
1. Al Bayhaqi, Abu Bakar B al Husayn. 2000. Shu’b al -Iman. Beirut: Dar Al Kutub Al Ilmiah
2. Al Baydawi, Abd Allah Bin Abi Umar .1996. Tafsir Al Baydawi Al- Musamma Anwar Al- Tanzil Wa Asrar Al Ta’wil .Beirut: Dar Al-Fikr
3. Al-Ghazzali, Abu Hamid Muhammad Bin muhammad. 1995. Ihya’ ‘ulum Al-Din. Beirut: Dar Al-Fikr
4. Al-Suyuti, Abd Al-Rahman Bin Abi Bkar .2015. Al-Durr Al-Manthur Fi Al- Tafsir Al-Ma’shur Beirut: Dar al- Kutub al -Ilmiah