KESAN PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN TEMA DALAM SURAH AL-RAḤMĀN TERHADAP KOGNITIF PEMIKIRAN MANUSIA

Authors

  • Muhammad Khairi Mahyuddin Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Surah al-Raḥmān merupakan surah ke-55 dalam al-Qur’an. Mengandungi  78 ayat sebahagian besar ayatnya diturunkan di Mekah dan sebahagiannya  di Madinah.  Surah  menonjolkan ketinggian keindahan bahasa dan  keseimbangan makna.  Keunikan surah ini  berbanding  surah-surah  yang lain dalam al-quran ialah pengulangan ayat “فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ” sebanyak 31 kali sebagai satu bentuk peringatan yang lembut dan penuh hikmah daripada Allah. Surah ini  digelar ‘Arasat al-Qur’ān’ (Pengantin al-Qur’an) kerana keindahan susunannya dan kesatuan tema yang merangkumi kepentingan ilmu , nikmat, rahmat, keadilan, kebesaran serta keinsafan terhadap kekuasaan Allah.  Kandungan surah ini bukan sekadar menyentuh aspek spiritual dan emosi, bahkan memberikan kesan mendalam terhadap akal yang merupakan alat pemikiran kognitif manusia, iaitu cara berfikir, memahami, menilai dan membuat keputusan berasaskan tauhid. Seluruh kandungan al-Qur’an diturunkan untuk membimbing manusia berfikir secara rasional berpaksikan kesedaran fitrah insani ke arah keyakinan terhadap kewujudan Allah sebagai jalan menerima kebenaran daripada-Nya.

References

1. Al Bayhaqi, Abu Bakar B al Husayn. 2000. Shu’b al -Iman. Beirut: Dar Al Kutub Al Ilmiah

2. Al Baydawi, Abd Allah Bin Abi Umar .1996. Tafsir Al Baydawi Al- Musamma Anwar Al- Tanzil Wa Asrar Al Ta’wil .Beirut: Dar Al-Fikr

3. Al-Ghazzali, Abu Hamid Muhammad Bin muhammad. 1995. Ihya’ ‘ulum Al-Din. Beirut: Dar Al-Fikr

4. Al-Suyuti, Abd Al-Rahman Bin Abi Bkar .2015. Al-Durr Al-Manthur Fi Al- Tafsir Al-Ma’shur Beirut: Dar al- Kutub al -Ilmiah

Downloads

Published

2026-01-01

How to Cite

KESAN PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN TEMA DALAM SURAH AL-RAḤMĀN TERHADAP KOGNITIF PEMIKIRAN MANUSIA. (2026). FSH UNSIQ PROCEEDING SERIES: On Islamic Studies, Sharia and Law, 1(01), 1-7. https://ojs.unsiq.ac.id/index.php/pfsh/article/view/10951